KATALOG


POV reading is your happiness.





LORA DENARA


RM 15



Angkara permusuhan di antara orang tua, Lora dan Zaiden ambil jalan mudah. Mereka kahwin di usia begitu muda tanpa pengetahuan ibu bapa masing-masing.

Perkahwinan itu memerlukan kematangan, Itulah yang kurang dalam keputusan mereka dan akibatnya 8 tahun mereka terikat tanpa khabar.

“Macam mana nak cerai ya? Gila! Lama betul aku jadi isteri orang dan baru sekarang terfikir nak cerai.” – LORA

“Dah tu? Kau nak aku cakap apa? Aku dah 7, 8 tahun tak contact dia. Nak ajak dia honeymoon? Ajak dia couple balik dengan aku macam zaman monyet dulu?” - ZAIDEN

Perkahwinan yang dikatakan hangat-hangat tahi ayam akhirnya menemui kata putus. Zaiden dan Lora setuju untuk bercerai dan mengakhiri hubungan tanpa kepastian yang berlaku selama 8 tahun itu.

Tapi saat mereka hampir ke detik itu, perkahwinan yang selama ini dirahsiakan di belakang orang tua masing-masing akhirnya terbongkar di sebuah majlis amal.



CRUSH


RM 20



Tipikal kisah cinta, pasti akan berakhir dengan ayat “Masih adakah sinar bahagia buat Aryan dan Shasha apabila muncul Talia sebagai orang ketiga menghancurkan hubungan itu.”

Talia, si antagonis yang berangan ingin menjadi ratu di kisah cerita mereka.

Dan di akhir cerita si antagonis pasti akan menyesal ataupun berakhir dengan derita kerana telah menghancurkan hubungan sepasang kekasih itu. Begitu juga Talia. Dia temui penyesalan hidupnya setelah menjadi orang ketiga dalam hubungan Aryan dan Shasha.

“Kesilapan Talia mencintai Abang! Dan kesilapan Abang, dicintai Talia!!” - Talia

“Maafkan Abang Talia..” - Aryan.

Tidak semua silap datang dari Talia. Aryan yang menyangka setiap keputusannya tidak pernah salah. Tetapi kali ini dia silap. Dia menggunakan Talia dalam hubungan percintaannya dan membuat Shasha menderita.



AILEEN


The connection we can’t explain.


RM 10



Membesar dengan adik-beradik yang tiada pertalian darah mungkin agak berat bagi Aileen. Tapi dia terus menikmati waktu-waktu bersama mereka tanpa pedulikan kata-kata orang.

Nakal mereka.

Buas mereka.

Masing-masing buat orang yang melihat menggeleng kepala.

Walaupun begitu, damai diantara mereka tidak berkekalan lama. Ada pedengki yang selalu muncul melempar duri benci.

“Akak sayangkan Firash dan Darius sebagai adik kakak. Bukan lelaki untuk dijadikan suami.” - AILEEN

Tidak tahan kakaknya dihina, Firash nekad menghalalkan Aileen di dalam hubungan mereka. Tapi keputusan itu membuat hubungan mereka adik-beradik menjadi lebih keruh.

Muncul Fauzan yang datang ingin menjernihkan segalanya. Cucuk Nek Kiah, jiran opah mereka. Lelaki itu juga yang tahu mana kurang dan mana lebih adik-beradik itu.

Mampukan kedamaian itu dibawa kembali? Adakah masih ada si nakal Aileen bersama adik-adik buasnya?

“Mereka masih adik-beradik kan?”



AYU


RM 10



'Ambillah pengajaran dari kesilapan masa lalu dan lupakan rasa sakitnya.’

Begitu mudah mudah kata-kata itu memotivasikan orang lain. Benar, setiap manusia tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. Sebebas mana seorang gadis yang dianggap mampu menjaga diri dan sehebat mana seorang lelaki yang bekerja keras untuk diri sendiri.

Hakikatnya mereka tetap manusia biasa.

Biasalah, manusia lakukan kesilapan. Tapi tak semua manusia mampu menerima akibat dari kesilapan sendiri.

“I would rather assume it just a mistake. OUR mistake.” - AYU

“Aku tak sedia untuk ada anak dengan mana-mana perempuan. Jadi gugurkan budak tu. Aku akan tanggung semua kos.” - FATTAH

Tak semudah kata dan tak seringkas dilihat mata orang.

Impian dipertaruhkan.
Masa depan dilupakan.
Komitmen dijadikan pilihan.

Sudah terlewatkah dia untuk melakar masa depannya sendiri?



TREAT YOU BETTER


RM 15



Bermula dari mengenal ABC hinggalah masing-masing berganjak ke usia remaja, Suri dan Isa tak pernah berpisah. Bila sudah berteman lama, pasti ada pasang surutnya. Bergaduh, berbaik, bertengkar sudah jadi sebahagian dari kisah persahabatan mereka.

Bila berganjak usia, banyak kerenah yang berubah. Nakal Suri di sekolah memenatkan Isa. Puas diomel dan puas ditegur, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Suri tetap dengan perangainya, tak mahu berubah!

Semua itu Isa mampu menahannya dengan sabar. Hingga satu perkara berlaku kepada Suri. Isa mengamuk melepas emosi.

Sekelip mata persahabatan mereka berakhir.
Suri dilanda penyesalan.
Isa mendaki ego.

“Tapi kita kawan dari dulu Isa! Kau dan aku.. Sampai hati..” - SURI

“Kau huru-harakan aku Suri! Kau beban! Aku menyesal kenal kau daripada kecil. Kalau diizinkan aku tak nak kenal perempuan macam kau!” - ISA


Kedinginan mereka berlarutan bertahun-tahun lama hinggalah masing-masing bergelar dewasa.

Isa kembali muncul di hadapan Suri dengan ikhlas menghulur bantuan. Walaupun seikhlas mana lelaki itu, kata-kata Isa masih segar menjadi nanah di hati Suri.

“Kau akan kahwin?” - ISA

“Itu hal aku.” - SURI







Beli EBOOK Lollysnow melalui Shopee